Pendaftaran Ejen Urus Wakaf FTR

PENGURUSAN WAKAF DAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN

Pengurusan harta wakaf itu sendiri bukan lagi soal agama tetapi ia soal satu pengurusan professional seperti kerja-kerja penyelenggaran barang dan perkhidmatan. Banyak harta wakaf tidak dijaga dengan baik menyebabkan bebanan kepada masyarakat. Nilainya menurun kerana menguruskan harta wakaf memerlukan kewangan. Oleh sebab itu, kos-kos penyelenggaraan juga termasuk dalam wakaf kerana kerja-kerja penyelenggaraan dan menguruskan itu juga wakaf dan pahalanya inshaaALLAH diterima oleh ALLAH SWT.

 Dengan demikian, pihak FTR menawarkan sedikit Komisyen kepada AGEN URUS WAKAF FTR iaitu sebanyak 15% mengikut kategori pakej sebagaimana berikut. Pemberian komisyen ini adalah dengan mengambil-kira usaha, tenaga dan masa para agen untuk memberikan komitmen serta fokus dalam menguruskan dan menjayakan misi visi wakaf.

   Selain itu, tujuan utama yang lain adalah juga bagi menggalakkan orang ramai untuk menyertai projek wakaf ini dengan menjadi sebahagian pasukan penyebarluas, pemasaran dan pembantu yang melaksanakan dan menjayakan kerja-kerja dakwah/wakaf FTR secara cepat dan besar-besaran disamping mereka juga boleh bersedekah melalui hasil urus wakaf tersebut dengan mengharapkan pahala daripada ALLAH SWT.


JOM SERTAI KAMI DENGAN TEKAN BUTANG DI BAWAH




Bantuan FTR